Pasangan peragut maut selepas meragut seorang mangsa wanita juga seorang arkitek di Taman mega jaya ampang pada jam 9 pagi. Itulah nasib salah seorang rakan peragut yang mati ditempat kejadian selepas motosikal yang dipandu merempuh kereta mangsa. dan disahkan kerandut zakarnya pecah. Biasa kita dengar mangsa ragut mati selepas diragut in lain pula kisahnya apabila peragut mati selepas meragut. Seorang lagi peragut terselamat dari maut dan hanya cedera parah dan kini ditempatkan di ICU hospital ampang.Nasib baik kau labu masih hidup.
Begini ceritanya ketika wanita itu mahu keluar rumah dan cuba keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar sejurus kemudian peragut terbabit meragut beg tangan mangsa dan berlaku pergelutan di situ. Peragut terbabit melarikan diri dan mangsa cuba mengejar sehingga peragut itu terpaksa berpatah balik oleh kerana jalan yang dimasuki adalah jalan mati.Peragut berkenaan lalu merempuh kereta yang dinaiki wanita itu dan mereka berdua terpelanting di dalam longkang.
Peragut terbabit dipercayai warga indonesia yang berusia 35 tahun dan peragut yang maut berusia 24 tahun. Ini yang kita tidak suka kebanjiran warga asing dinegara ini menyebabkan jenayah semakin banyak dan berleluasa. Pihak berkuasa harus mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah ni.
Jadi nasihat kepada wanita diluar sana, berhati-hati lah ketika mahu keluar rumah. Penjenayah ni tak kira tempat nak meragut sekalipun di depan rumah kita sendiri. Hati-hati





Geram pasal meragut,kesian pasal dah mati,huhu.
Mati dalam keadaan mengaibkan pulak tu.
peragut yang masih hidup tu kalau tak insaf lagi tak tau la nak kata apa.