Tarikh:2 februari jam 2 pagi
Lokasi:Puchong perdana, selangor
Isteri kantoi dengan suami sendiri buat projek dengan lelaki lain. Ish-ish apa nak jadi ek pasangan sekarang? Yb dah banyak kali dengar kes-kes isteri curang dengan suami macam ni.Aduyai sedih betul berita ni. Andai kata ianya terjadi kepada anda apa yang akan dibuat? kalau ianya terjadi pada YB “Aku katok mapuh la jate tu!” Nauzubillah..
Seorang isteri berusia 38 tahun juga merupakan seorang pekerja dihotel di ibu negara ditangkap khalwat oleh suami sendiri bersama AJK masjid ketika melakukan serbuan. Paling memalukan salah seorang daripada anak mereka juga menyaksikan perbuatan terkutuk itu disebuah rumah pasangannya.
Isteri curang ni telah berkahwin dan memegang status “isteri orang” selama 20 tahun dan hasil perkahwinan mereka memiliki 5 orang anak. Tua nak mati dh boleh plak main lelaki lain. bodoh betul otak letak kat lutut. Inikah dinamakan “dunia akhir zaman”? tak reti nak bersyukur dengan apa yang ada. Tak bau syurga lah kalau tak menyesal dengan apa yang dah dibuat.
Apa perasaan suami si isteri terbabit tu ye? mesti hancur berkecai perasaannya. Perkahwinan yang dibina musnah begitu saja. Owh ya allah jauhkan dari kami!
Bila dah kena cekup gara-gara bermadu asmara mereka dibawa ke balai polis bukit puchong untuk disoal siasat. Di balai ada lagi perkara yang menyakitkan hati. si lelaki terbabit tanpa segan silu berlagak dengan sengaja memeluk isterinya bagi menunjukkan kemesraan mereka dan menimbulkan kemarahan si suami. Eh-eh apa cite ni. Suami takkan diam saja! Kalau aku ambik kau aku ceraikan kau dengan talak 10!!
Laporan polis yang telah dibuat akan diserahkan kepada JAIS untuk buka kertas siasatan dan jika bersalah mereka akan di dakwa di atas kesalahan jenayah syariah selangor. Kalau negara ni menjalankan hukum hudud permasalahan seperti ini dapat dikurangkan. Ye la mana taknya pesalah zina boleh dihukum rejam sampai mati atau pun sebat dikhalayak ramai. Sape yang berani buat? dijamin ramai yang takut kan. Apa kan daya undang-undang manusia setakat mano jah buleh buat kiro?




