Tawar hati dengan tunang

SAYA bertunang dua bulan lalu. Namun belum sempat merasa kemanisan sebagai tunangan orang, saya melalui fasa menyakitkan di mana kami kerap bergaduh dan saling menuduh.

Masing-masing menyimpan ego dan sering terlepas kata benda tak sepatutnya ketika bergaduh.

Namun, apabila saya mengakui kesalahan, dia kekal dengan egonya.

Makin dipujuk, makin galak si dia merajuk. Sampai ahli keluarga saya, termasuk kakak, terpaksa masuk campur untuk menyelesaikan masalah kami.Saya harap hubungan kami pulih seperti dulu tetapi sikapnya gemar meninggi diri membuatkan tawar hati.

Saya bertambah khuatir melihat kerenahnya yang mula bersikap kurang ajar terhadap kakak saya sebaik dinasihati kerana kami bakal berkahwin pada September depan.

Sebenarnya, sikap itu berpunca daripada status arwah ayahnya yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada orang kenamaan. 

Dia sungguh bangga dengan status arwah ketika hidup. Dia kerap menyebut perihal ayahnya di depan saya sehingga menimbulkan rasa kurang senang saya dan kenalan rapatnya.

Jika dinasihati, dia melenting mempertahankan lagaknya.

Saya kecewa serta tidak sanggup menahan rasa dengan sikap egonya.

Namun memikirkan ibu sukakan dia, saya tertekan dan sering menangis sendirian apabila dia langsung tidak mengendahkan saya.

Hingga kini dia kekal diamkan diri dan tidak mahu menemui saya untuk berbincang. Yang pasti, dia kian dingin dan saya mati akal memikirkan cara untuk memulihkan hubungan kami.

SYARA
Labu, Negeri Sembilan

Tidak dinafikan perasaan ego dan bongkak menjadikan seseorang terlalu buta menilai kebodohan sendiri. Malah, kekal menongkat dada ke langit dengan menumpang nama bapanya membuatkan lagak tunang saudari tidak ubah seperti watak dongeng kanak-kanak, yang mana pembesar muncul di khalayak ramai tanpa mengenakan sebarang persalinan kerana sifat bongkaknya.

Namun tindakan itu ditegur si anak kecil yang menyedari ‘kebodohan’ pembesar melaram dengan ‘persalinan’ palsu membuatkan dia malu sendiri.

Sekurang-kurangnya pembesar itu mempunyai peluang menyedari kesilapan, berbeza dengan tunang saudari tidak sanggup menerima pandangan orang.

Saudari perlu memainkan peranan. Tegur dia andai saudari menyayanginya. Membiarkan dia terus alpa dan hanya menunggu jawapan membuatkan dia terus besar kepala.

Terus terang mengenai perasaan kecewa saudari mengenai sikapnya. Luahkan pandangan mengenai sikapnya yang gemar mencanang status bapanya lebih banyak membuatkan orang meluat mengenainya.

Ia hanya sejarah yang boleh dikongsi sekali sekala tetapi kerap bercerita perihal bapanya yang sudah tiada lebih memaparkan si tunang kelihatan angkuh dengan status, sedangkan pada pandangan individu ia sudah lama berlalu.

Selain itu, lahirkan kebimbangan sikap obses terhadap status ‘bapanya’ menenggelamkan kebaikan diri dan sedikit sebanyak perilaku itu mengundang ketegangan dalam hubungan bukan saja dengan saudari, tetapi juga keluarga lain.

Suarakan sekali, saudari pernah memikirkan untuk putus kerana tawar hati dan serik dengan perangai tunang yang tidak mahu langsung bertoleransi meskipun saudari sedia kibarkan ‘bendera putih’.

Di samping itu, dapatkan pendapat peribadi menerusi keluarga mahupun bakal mentua bagi mendapat tips tertentu dalam menangani sikap tunang yang menjengkelkan.

Post Popularity 0%  
Popularity Breakdown
Comments 0%  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>