SAYA berumur 23 tahun dan haid saya datang tepat setiap bulan.Saya berbadan kurus dengan berat 43 kilogram. Masalahnya, payudara saya terlalu kecil (rata) sehinggakan saya sangat malu.
Saya ada membaca mengenai hukum pembesaran payudara supaya mendapat bentuk yang normal digalakkan bagi mereka yang mengalami kecacatan seperti keadaannya terlalu kecil sehingga tidak dapat dibezakan perempuan atau lelaki.
Apakah yang harus saya lakukan? Saya ada mengambil ubat untuk tujuan ini, tetapi tidak terlalu yakin. Saya kini takut untuk menghadapi alam perkahwinan kerana malu tidak mempunyai payudara seperti wanita lain.
Saya bersyukur dengan apa yang ada, tetapi saya ingin mencari ikhtiar bagi merawat masalah kewanitaan saya ini. Saya sangat tertekan dan berharap doktor dapat memberikan cadangan rawatan untuk menangani masalah ini.
Siti,
KUALA SELANGOR, SELANGOR
Continue reading




